TENTANG AR-RAHNU KOPUTRA
Ar-Rahnu KOPUTRA menyediakan pembiayaan wang kepada pelanggan secara patuh syariah. Merupakan antara Koperasi terawal mengunakan konsep Tawaruq dalam pembiayaan Ar-Rahnu. Ar-Rahnu KOPUTRA telah membantu pelanggan untuk mendapatkan pembiayaan yang tinggi sehingga 80% daripada nilai emas semasa (marhum`). Ar-Rahnu KOPUTRA mula beroperasi pada 1 November 2018.
Kini Ar-Rahnu Koputra telah memiliki 4 buah cawangan di sekitar Selangor:
-
Cawangan pertama terletak di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor.
-
Cawangan kedua terletak di Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor dan
-
Cawangan ketiga terletak di Jalan Taming Permai 1, Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Selangor.
-
Cawangan Keempat berada di 96-G Jalan Setia Gemilang,Bj U13/Bj Setia Alam, 40170, Shah Alam, Selangor
​​
TENTANG KELANA EMAS
Kelana Emas merupakan sebuah kedai emas yang dimiliki dan diuruskan oleh Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat ( KOPUTRA ). KOPUTRA ditubuhkan secara rasmi pada 3hb Mac 1986 diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Wilayah Persekutuan dengan no pendaftaran iaitu Koop .Negara. No. 88. KOPUTRA bermula dengan dengan perniagaan emas seperti Pajak Gadai Islam Ar Rahnu iaitu 2 cawangan di Wisma KOPUTRA 1 di Seri Kembangan dan Bandar Baru Bangi sejak tahun 2018. KOPUTRA juga menjual Gold Bar Emas 999.9 dan Dinar Emas 916 Edisi Khas KOPUTRA kepada anggota koperasi dan orang ramai serta menawarkan Konsultansi Perniagaan Emas dan Ar Rahnu Koperasi kepada koperasi-koperasi. Pada awal 2021 KOPUTRA menawarkan Buku Simpanan Kelana Emas khas untuk anggota KOPUTRA.
​
Kini KOPUTRA mengorak langkah maju ke hadapan dengan pembukaan kedai emas Kelana Emas yang mana menjadi Pusat Perniagaan Emas yang menawarkan perkhidmatan kedai emas dan pajak gadai Islam Ar Rahnu di bawah 1 bumbung.
​
Kelana Emas menjalankan aktiviti menjual dan membeli barang kemas rekaan terkini. Kelana Emas merupakan syarikat bumiputera yang berpotensi tinggi dalam memajukan industri emas negara. Kami sangat menitik beratkan kepuasan pelanggan dalam aktiviti jual beli, menghasilkan dan membekalkan 916 produk emas barangan perhiasan wanita seperti rantai tangan, kalung, cincin dan lain-lain, emas emas 835, dan emas 750. Kedai emas Kelana Emas ini beroperasi di Wisma KOPUTRA 2 Balakong dan Bandar Baru Bangi. Oleh kerana lokasinya yang strategik juga menjadikan perniagaan ini kompetitif dan berkembang dengan pesat di masa depan.